KomputerSewa Dot Com (KomputerSewa.com) merupakan hub dan juga platform
penyewaan peralatan berasaskan komputer di Malaysia. Penyewaan dikhususkan untuk kegunaan kursus, latihan,
seminar, workshop, pertandingan, pameran danmesyuarat.
Sesuai untuk penyewaan jangka masa pendek dari segi penjimatan kos,
kualiti perkhidmatan malahan penghantaran dan pemasangan peralatan
sewaan dilokasi. Ia juga boleh meningkatkan produktiviti penganjur tanpa
memikirkan masalah mendapatkan sumber komputer untuk apa jua penganjuran
yang bakal dilaksanakan.
KomputerSewa.com juga memastikan peralatan yang disewakan sentiasa dalam
keadaan sempurna demi menjaga kualiti perkhidmatan untuk kepuasan
pelanggan. Oleh itu, kami sentiasa bersedia bagi memastikan perjalanan
sesuatu penganjuran berjalan dengan lanjar dan berkesan. Di atas
komitmen kami yang professional, berdedikasi dan berpengalaman dalam
menyediakan sewaan peralatan komputer, kami bersedia menyewakan
prasarana komputer pada bila-bila masa untuk sesuatu program. Kami sedia
membantu merealisasikan permintaan anda…
Hubungi agen kami untuk khidmat nasihat, sebutharga serta syarat-syarat
penyewaan.